Meratapi Sejenak, Ujian Di Dunia Untuk Pahala Di Akhirat !

Setiap manusia dilahirkan untuk diuji keikhlasan dan kekuatan iman mereka. Jangan sesekali kita mengatakan orang lain itu kehidupannya lebih baik berbanding dengan kehidupan kita. 
Ada orang yang hidupnya susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi Allah kurniakan kasih sayang sesama ahli keluarga mereka. 
Ada orang hidupnya mewah, tetapi pasti ada yang dikurangkan oleh Allah sebagai ujian baginya. Kehidupan kita di dunia ini sebenarnya ujian untuk meletakkan dimana kedudukan kita diakhirat kelak.
Pernah suatu ketika, saat berputus asa itu sampai sehinggakan takdir disalahkan. Betapa berdosanya kita menyalahkan takdir dan kehendak yang Maha Esa. 
Tetapi seandainya kita bersabar dan ikhlas menerima ujian itu, sudah pasti ganjaran pahala itu memenuhi buku amal kita. 
Oleh karena itu, ber-ingatlah senantiasa bahawa memang setiap manusia dilahirkan untuk diuji dan sentiasalah berfikiran positif, katakan pada diri “Ujian ini adalah sebagai pahala yang ingin Allah berikan pada aku”.
Bersyukurlah kerana Allah masih ingin menguji kamu dan menginginkan kamu sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepada-Nya.
La tahzan inallaha ma’ana,
Insyaallah, Sinar itu pasti akan tiba jua…! Amin…
Oleh : Muhamad Naim Hashim (H. Hashim)
Redaktur : Zainul Hakim
Dipublikasikan : MutiaraPublic


DMCA.com Protection Status
* Silahkan anda sebar-luaskan artikel ini dengan syarat mencantumkan sumber : www.MutiaraPublic.com

Komentar Anda

Alamat Email Anda tidak akan Kami Publikasikan. Isian yang wajib diisi ditandai *

*

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.